Monday, August 18, 2014

SELAMA 4 TAHUN BERSAMA SUAMI, SELAMA ITU SAYA RASA KESEORANGAN - RAJA FARAH

SELAMA 4 TAHUN BERSAMA SUAMI, SELAMA ITU SAYA RASA KESEORANGAN - RAJA FARAH | Lama sudah tak mendengar cerita mengenai pelakon ‘Aku Masih Dara’ ni kan? Semenjak berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria kira-kira 4 tahun yang lalu, Raja Farah telah membuat keputusan untuk mengurangkan aktiviti seninya.

Malah, ada juga desas-desus yang mengatakan bahawa dia dan suaminya berhijrah ke Kelantan semenjak Januari yang lalu semata-mata mahu mengelak orang ramai menghidu masalah rumahtangga mereka.

Bagaimanapun, ketika ditemubual oleh Kosmo! Online, pelakon wanita berusia 26 tahun itu menafikan kontroversi bahawa rumahtangganya sedang bergolak.

Foto Raja Farah dan suaminya

“Sepanjang empat tahun bersama suami, selama itu saya rasa keseorangan. Bukan bermakna kami berdua bermasalah, tetapi impian untuk mempunyai cahaya mata sendiri masih belum kesampaian.

Jadi, timbul idea untuk saya kembali aktif semula berlakon dan dia (suami) pula mengizinkan saya. Namun, masih ada garis panduan yang perlu saya ikuti sebagai seorang wanita yang sudah berkahwin.

Banyak konklusi boleh dibuat cuma apabila berkaitan peribadi saya lebih suka mendiamkan diri. Kami tiada sebarang masalah besar cuma biasalah kalau bergaduh manja.

Saya akui, tahun lepas adalah waktu paling genting dalam hubungan kami kerana kami sering berjauhan. Dia di Pulau Perhentian dan saya pula sibuk dengan penggambaran program Rasa Halal Antarabangsa di luar negara.

Sehingga ada pada satu ketika, pernah dua bulan kami tidak sempat berjumpa. Dia balik ke Kuala Lumpur, saya pula terbang ke luar negara dan begitulah sebaliknya.

Jadi, orang melihat saya jarang bersama suami dan lebih banyak keluar bersendirian atau ditemani ibu saya sahaja, kemudian timbul macam-macam andaian. Pinta saya, doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga.”

Raja Farah juga menjelaskan bahawa keputusan dia dan suami ntuk berpindah ke Pasir Mas, Kelantan bukanlah untuk menepis spekulasi yang timbul, sebaliknya mahu meluangkan lebih masa untuk suami. Bagaimanapun, mereka mungkin akan kembali menetap di Kuala Lumpur selepas ini.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive