Vokalis kumpulan Exists, Ezad Lazim mengakui tidak begitu sihat akibat kandungan gula dalam darah agak tinggi. Namun begitu, Ezad mula mengamalkan gaya hidup sihat demi anak sulungnya yang kini mencecah usia lapan bulan. Ketika ditemui baru-baru ini, susuk tubuhnya yang semakin susut menunjukkan bahawa lelaki ini sangat keletihan.
“Saya memang tak berapa sihat akhir-akhir ini. Lagipun isteri saya berkerja, jadi saya ambil tanggungjawab untuk menjaga anak kami yang dah masuk usia lapan bulan. Baru saya tahu susah rupanya jaga anak. Tapi bagaimanapun saya dah mula mengawal pemakanan saya agar lebih sihat. Anaklah semangat untuk saya mengamalkan gaya hidup sihat,” jelas Ezad.
Dalam perkembangan lain, Ezad bakal memegang watak utama bagi pementasan teater ‘Tiga Kali Sayang’ arahan Dato’ Raja Azrey. Kata Ezad, ini kali pertama dia memegang watak utama untuk pementasan teater dan menganggap ia salah satu cabaran dalam kerjaya seninya.
“Saya memegang watak Dato’ Kamil Al-Quyyub, seorang lelaki yang mempunyai tiga orang isteri. Selain waktu latihan yang singkat, watak ini sendiri mencabar bagi saya kerana perlu menunjukkan jati diri seorang lelaki yang berpoligami. Saya sendiri seorang suami, namun membawa watak suami yang mempunyai ramai isteri sememangnya sukar,” kata Ezad.
Selain itu, Ezad dan kumpulan Exists akan mengadakan sebuah showcase di Hard Rock Café Melaka pada 24 September ini. Persembahan yang mengambil masa dua jam itu akan menyaksikan kumpulan Exists mendendangkan lagu-lagu yang pernah menaikkan nama mereka.
Sumber: gua.com
0 comments:
Post a Comment