Tuesday, August 19, 2014

Gayatri akui cemburu melihat Zul dengan Ayda


Gayatri akui cemburu melihat Zul dengan Ayda




Post semalam ada menyatakan keakraban Zul Ariffin dengan Ayda Jebat yang direstui peminat, lantas kekasih Zul, Gayatri Su-Lin Pillai telah memberikan reaksinya mengenai hal demikian.

Akui Gayatri, dia cukup cemburu melihat kemesraan mereka berdua berlakon. Namun Gayatri seorang yang memahami, kerana Zul bersikap profesional dalam bidang kerjayanya.

"Saya gembira untuk Zul kerana setelah bekerja keras dan fokus dalam bidang lakonan akhirnya dia sudah berada di tahap yang membanggakan.

"Saya akui mengikuti dan menonton drama tersebut dan saya rasa setiap pasangan perlu ada rasa cemburu kepada kekasih mereka lebih-lebih lagi melihat kekasihnya bersama wanita lain.

"Tapi kita perlu tahu apa yang dilakukan hanya untuk ditonton sebagai sebahagian tuntutan babak dalam drama tersebut dan saya sendiri memahaminya," -Gayatri petikan portal Murai


Sumber: izyan.com

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive