Tuesday, August 19, 2014

Gambar Comel Anak Hunny Madu





Gambar Comel Anak Hunny Madu | Sejak melahirkan puteri sulungnya Disember tahun lalu, belum pernah lagi penulis kongsikan foto serta video-video comel anak penyampai radio terkenal, Hunny Madu kan?

Kalau nak tahu, bayi comel yang diberi nama Eva Medina itu kini telah pun berusia 10 bulan dan menerusi setiap video yang dikongsikan, Eva dilihat sudah semakin comel serta bijak berinteraksi dengan individu di sekelilingnya.Meskipun sibuk dengan rutin harian sebagai seorang selebriti, nampaknya Hunny tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan perkara tersebut turut dibuktikan melalui perkongsian foto-foto di laman sosial pengacara Hip TV itu sendiri.

Jika diamati setiap foto tersebut, wajah comel Eva dilihat saling tak tumpah seperti wajah ibunya sehingga rata-rata pengikut setia Hunny memanggilnya dengan gelaran Hunny’s junior.

Apa pun, bagi mereka yang belum pernah lihat wajah comel Eva, di sini OHBULAN! ingin kongsikan video serta beberapa foto comel bayi tersebut untuk tatapan anda semua.

Sebagai rujukan, Eva Medina telah selamat dilahirkan pada tanggal 12 Disember 2012 (12.12.12) dengan berat 3.25 kg.



Sumber: OhBulan!

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive