Wednesday, August 20, 2014

Mujahidin Malaysia Gugur Di Syria - AL - FATIHAH

Al-Fatihah...Semoga roh beliau ditempatkan di dalam golongan - golongan syahid yang gugur kerana mempertahankan agama Allah.


Berita kematiannya dimaklumkan seorang rakyat Malaysia lain yang turut berada di sana menerusi Facebook.




Abu Turab dikatakan gugur ketika mempertahankan Kampung Syar’aya selepas bertempur selama satu jam.

Difahamkan, allahyarham yang sering membaca al-Quran dan solat malam sempat mengucap dua kalimah syahadah sambil memberi isyarat jari telunjuk sebanyak sepuluh kali sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Adalah satu rahsia terbuka, terdapat rakyat Malaysia yang kini berada di Syria atas misi menjadi mujahidin dan mengejar mati syahid selepas negara berkenaan berada di bawah pemerintahan Bashar Assad yang kejam.

Walau pun ada yang mengaitkan perjuangan rakyat Malaysia di sana dengan kumpulan militan tertentu seperti al-Qaeda, Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil) dan Kumpulan Militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis); perkara ini dinafikan beberapa rakyat Malaysia yang berada di sana yang menggelarkan mereka sebagai ‘pejuang jihad bebas’.


Sumber: ooomedianetwork

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive