Monday, August 18, 2014

E-mel Siew Keong diceroboh

E-mel Siew Keong diceroboh

Siew Keong (kanan) menerima pasportnya daripada Pegawai Serahan Pasport, Jabatan lmigresen Teluk lntan, Aniss Abdul Rahman sambil diperhatikan oleh Khairul Anuar (kiri).


TELUK INTAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong terkejut apabila mendapati e-mel miliknya diceroboh baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata, kesan tindakan itu, beliau tidak dapat menghantar dan menerima mesej menerusi e-melnya selama lapan jam.

“Dalam e-mel saya itu, ramai meminta sumbangan wang daripada saya dan saya juga terima banyak panggilan telefon dari orang ramai yang minta pengesahan sama ada saya boleh memberi sumbangan dana atau tidak

“Saya ingin tegaskan, itu bukan e-mel saya yang sebenar, sebaliknya ia telah diceroboh,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat Jabatan Imigresen Cawangan Teluk Intan, di sini.

Beliau berkata, orang ramai diharap tidak mempercayai penipuan tersebut dan setiausaha sulitnya sudah membuat laporan polis mengenainya di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Siew Keong berkata, beliau kagum dengan kecanggihan teknologi yang moden dalam proses membuat pasport di Jabatan lmigresen Teluk lntan.

Katanya, ciri-ciri keselamatan yang tinggi dalam proses membuat pasport memberi keyakinan kepada orang ramai.

Menurutnya, kecanggihan teknologi diguna pakai di Jabatan lmigresen membuktikan keprihatinan kerajaan memberi perlindungan dan jaminan keselamatan kepada pemegang pasport antarabangsa.

“Sebagai contoh gambar diproses menerusi komputer yang ada di Jabatan lmigresen tanpa perlu ambil gambar di kedai gambar seperti sebelum ini,” katanya.

Ketika sesi lawatannya itu, Ketua lmigresen Cawangan Teluk lntan, Khairul Anuar Sulaiman memberikan taklimat kepada Siew Keong mengenai proses pengeluaran pasport.

Pada masa sama, Siew Keong yang juga mengambil peluang untuk memperbaharui pasportnya.

Beliau berkata, lawatan ke jabatan kerajaan dilakukan untuk beramah-mesra dengan warga kerja jabatan di samping meninjau perkembangan di agensi terbabit.

Katanya, sebagai ahli parlimen, beliau akan meneruskan lawatan ke agensi kerajaan negeri dan pusat yang ada di Daerah Hilir Perak untuk mengetahui dengan lebih dekat perjalanan agensi terbabit.




Sumber: SinarHarian

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive