Friday, August 22, 2014

(20 GAMBAR) Kajol Meriahkan Majlis Pelancaran Saluran Astro BollyOne HD


Untungnya mereka yang menghadiri majlis pelancaran saluran Astro BollyOne HD di Hotel J.W. Marriot, Kuala Lumpur malam semalam. Mana tidaknya, dapat bertentang mata dengan bintang Bollywood terkemuka, Kajol yang telah mencuri hati jutaan rakyat Malaysia menerusi filem seperti Kuch-Kuch Hota Hai dan Dilwale Dulhania Le Jayenge. Pasti kesemua yang hadir pulang dengan hati riang ria kerana dapat melihat Anjali secara ‘live’.


Awal Ashaari dan Lisa Surihani adalah antara manusia yang paling bertuah kerana dapat ber’selfie’ dengan Kajol. Bukan senang nak dapat peluang sebegini lebih-lebih bagi mereka yang membesar dengan menonton filem lakonan Kajol. Peluang sekali seumur hidup kot. Menariknya Kajol berkata kepada Lisa Surihani ‘Kalau dikurniakan lagi anak perempuan, saya mahu namakan dia Lisa macam nama kamu‘. Ini bermakna Kajol mengakui kecantikan wanita Malaysia. Yeah ~~~


Diharap dengan kewujudan Astro BollyOne HD di saluran 251, lebih ramai bintang Bollywood akan hadir ke Malaysia untuk mempromosi filem terbaru mereka. Kalau Shah Rukh Khan, Aamir Khan dan Salman Khan datang pasti akan histeria para peminat mereka. Semoga ada perancangan sebegini daripada pihak Astro kelak. Lagi beberapa gambar Kajol dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambarMalaysianDigest.












Sumber: Beautifulnara

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive