Saturday, August 23, 2014

Buka La Sikit, Adik Nak Cium Pipi Mama - MH17



MH17: Buka La Sikit, Adik Nak Cium Pipi Mama
Suasana sayu dan pilu menyelubungi Masjid At-Taqwa, Paroi, di sini, sebaik ketibaan jenazah pramugari MH17, Mastura Mustafa untuk disembahyangkan.Paling mengharukan apabila anak lelaki tunggal arwah, Muhriz Marzaidi, 10. menanggis sambil merayu agar dibukakan keranda ibunya itu.


Menurut seorang saksi, rata-rata mereka yang hadir menyaksikan Istiadat Penghormatan Jenazah itu turut meniitiskan air mata kesedihan.

“Rayuan Muhkriz benar-benar meruntun jiwa para hadirin, anak kecil itu merintih ingin menatap wajah ibunya buat kali terakhir serta memohon maaf sempena hari raya lalu.



“Dia berkata ingin mencium pipi ibunya itu” ujarnya yang turut menangis sebak.

Menurutnya lagi ada satu ketika, anak kecil itu ingin mencabut bendera yang menutupi keranda tersebut sambil berkata “tolonglah buka sikit, nak cium pipi mama”, adik nak peluk mama puas-puas, mama tunggu adik tau”.

Ketibaan jenazah kira-kira jam 12.40 tengah hari turut diiringi ahli keluarga termasuk bapa, Mustafa Abdul Samad, 83, suami, Mohamed Affendi Khairuddin, 43.

Sebaik tiba, jenazah Mastura diusung anggota tentera 15 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Kem Senawang dan Kem Rasah.

Jenazah Mastura disembahyangkan selepas solat Jumaat dengan kehadiran hampir 2,000 jemaah yang turut hadir.

Selepas solat jenazah, van berkenaan membawa jenazah Allahyarham Mastura ke Tanah Perkuburan Islam Paroi, yang berhampiran dengan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Talkin telah dibacakan oleh ‎Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad.

Jenazah Allahyarham Mastura selamat disemadikan pada 3 petang di tanah perkuburan itu.



Upacara pengebumian itu disempurnakan oleh anggota tentera dari Batalion 15 Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Batalion 24 RAMD

Sumber: beritaup2date

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive