FUH, marah sungguh Felixia Yeap dengan salah satu laporan akhbar Harian Metro yang bertajuk ‘Tolonglah Jaga Maruah!’.
Laporan tersebut berkisarkan mengenai salah satu statusnya yang berkaitan dengan kes dua model berpakaian separuh bogel sewaktu penggambaran di Ipoh, Perak beberapa hari lalu.
Biarpun isi kandungan artikel itu dilihat tidak lari daripada kenyataannya, namun tajuk yang digunakan untuk artikel itu dianggapnya sebagai fitnah.
Berikut adalah antara petikan artikel tersebut:
Bagi sesetengah orang, tajuk ‘kencang’ seperti ini sudah menjadi kebiasaan untuk sesetengah akhbar seperti Harian Metro.
Namun, ia mungkin boleh mewujudkan fitnah di kalangan mereka yang gemar membaca tajuk semata-mata sekaligus mewujudkan persepsi negatif pada fikiran mereka.
Mungkin lebih baik jika tajuk tersebut dibuat mengikut baris kenyataan yang sebenar daripada individu itu sendiri, tak gitu?
Sumber: mynewshub
0 comments:
Post a Comment