Kita bukan tak biasa mengenali atau mendengar manusia bermulut lancang di luar sana tapi sesetengah spesis begini hanya berani bercakap depan kawan-kawan sahaja.
Bagaimanapun seorang gadis membuktikan kebiadapannya berkata-kata kepada ramai orang apabila mempertikaikan bacaan al-fatihah kepada mangsa tragedi MH17 melalui laman sosial.
“Dapat apa kalau al-fatihah untuk MH17? Ada ke Najib bagi duit kat korang. Emm pelik.. dah mati, mati je la. Aduii tak payah nak beriya sangat la weii” – tulis perempuan ini di status WeChat yang kini tersebar.
Astaghfirullah, nak sedekah al-fatihah kepada orang yang dah pergi pun berkira sama ada dapat balasan atau tak?
Cuba kalau esok-esok awak meninggal dunia tak ada orang nak mandi dan kafankan sebab malas nak beriya dan tak dapat upah lumayan. Nak?
Betullah kata orang bijak pandai, 'jika tiada benda baik hendak diperkatakan, lebih baik diam'. Mesej ini untuk ramai lagi diluar sana yang mempunyai penyakit hati sama seperti gadis ini.
Sumber mynewshub.my
0 comments:
Post a Comment