Rita Rudaini Akui Masih Single - 4 Gambar
Desas desus mengenai pencarian jodoh aka bakal suami Rita Rudaini terjawab. Rita yang memetik portal GUA, mengakui dia belum bersedia untuk menerima mana-mana lelaki lagi walaupun sudah bergelar janda selama setahun.
Rita mahu memnguruskan masa yang ada terhadap 2 anaknya Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3, yang masih kecil dan mahu bersekolah tidak lama lagi.
“Saya tidak terfikir untuk mencari pengganti sebab saya tak rasa sunyi lagi. Buat masa ini saya tak teringin sebab saya tidak mahu peningkan kepala dengan masalah rumahtangga. Lagipun, saya hidup dengan anak-anak, jadi saya lebih banyak memikirkan tentang hal pengurusan anak-anak,”
“Demi Allah, buat masa ini tidak ada langsung mana-mana lelaki yang bertakhta di hati saya. Kehidupan saya pergi kerja, balik kerja dan jaga anak-anak. Saya tidak ada masa untuk lepak dengan kawan-kawan, jadi tidak timbul isu saya berkenalan dengan mana-mana lelaki.
Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini saya memang tak berminat untuk mengenali insan bernama lelaki. Tak tahulah kalau selepas ini Allah nak buka pintu hati, itu saya serah segalanya kepada jodoh,”
“Muda atau tua saya tidak kisah. Apa yang penting, dia kena menerima anak-anak saya. Lelaki itu juga mestilah menyayangi anak-anak saya lebih dari dia sayangkan saya,”
Sumber: izyan.com
0 comments:
Post a Comment