Saturday, August 23, 2014

Azwan Ali Gelar Sharnaaz Artis Sangkak Murahan, Level Lubang Jamban!




Semalam merupakan hari bersejarah buat rakyat Malaysia apabila satu negara berkabung menyambut kepulangan jenazah yang terkorban dalam nahas pesawat MH17. Para artis ramai yang tidak melepaskan peluang untuk hadir memberi penghormatan terakhir dan antara yang tidak melepaskan peluang tersebut adalah Azwan Ali.

Melalui satu post di Instagramnya, Azwan Ali mendapat kritikan ramai selepas mengambil gambar selfie di saat orang sekelilingnya sedang bersedih ketika itu. Selepas itu timbul pula pos yang mengangkat dirinya sedang dikeremuni wartawan TV dan akhbar seolah-olah kehadirannya di situ untuk mendapat publisiti semata.


Azwan Ali yang sibuk berselfie ketika bertafakur mengundang rasa marah peminatnya di Twitter dan Instagram.



Dalam keasyikan ramai memberi nasihat kepada Azwan Ali ni, ramailah akaun yang di'block olehnya kerana tidak tahan maki. Dalam masa yang sama juga, Sharnaaz Ahmad memuatnaik post Azwan Ali tersebut dan menyela perbuatan selebriti tersebut sebagai sesuatu yang amat memalukan.



Seperti yang dijangkakan, pagi ini Azwan Ali tampil memberi maklumbalas dengan teguran keras si Sharnaaz ni.





Azwan juga dilihat turut memerli kisah lama percintaan antara Sharnaaz dan Shila Amzah.


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive