Monday, August 25, 2014

Fahrin Ahmad Bakal Berkahwin???


Peminat Gigih Mahu Jodohkan Fahrin Ahmad Dengan Anaknya







TERASA bagai drama pula apabila membaca kisah pelakon kacak Fahrin Ahmad menerusi Berita Harian, hari ini.

Alkisahnya, seorang makcik yang berasal dari Terengganu sanggup bertemunya beberapa kali semata-mata mahu menjodohkan pelakon itu dengan anaknya.

Antaranya termasuklah di Perlis ketika Fahrin menjadi hos sukan SUKMA, di Jom Heboh Kelantan dan juga di Terengganu semasa rakaman sebuah program.

Menurutnya, makcik itu sanggup menunggunya selama lima jam dan beratur panjang sewaktu program Jom Heboh tersebut semata-mata mahu bertanya adakah dia sudah berkahwin atau belum.

Terharu dengan usaha wanita itu, Fahrin bagaimanapun sedar ia agak mustahil untuk ditunaikan.

“Dalam ada yang memandang saya negatif dengan pelbagai tanggapan dek cinta lalu (dengan beberapa artis), ada juga yang berminat menjadikan saya calon menantu mereka. Wanita berusia itu sedikit sebanyak memberi kepercayaan untuk saya meneruskan kehidupan.

“Sejujurnya anak kepada wanita itu ada berinteraksi dengan saya menerusi telefon bimbit. Anaknya sudah ada pilihan sendiri dan tidak mahu ibunya terus-terusan cuba menjodohkannya dengan saya. Saya faham situasi anaknya itu,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Fahrin berkata, dia sebenarnya tidak tertekan soal jodoh.

“Saya percaya jodoh saya itu ada dan saya sering bersangka baik soal takdir. Ibu saya sendiri setiap kali habis berborak dengannya terutama di corong telefon, ibu selalu doakan saya untuk dipercepatkan jodoh. Pendek kata, kalau minta doa daripada ibu, memang doa bab jodoh yang dimintanya,” tambahnya.

Memang kuat sungguh aura si Fahrin ini sehingga ramai ibu yang memasang angan untuk bermenantukannya.

Agaknya, kalau Fahrin menerima ‘pinangan’ makcik tersebut, kami yakin dia akan menjadi menantu yang paling disayangi, tak gitu?



Sumber: ELZA / MYNEWSHUB.MY

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive