Monday, August 18, 2014

Penjual ikan didakwa bunuh pelajar Britain

Penjual ikan didakwa bunuh pelajar Britain





KUCHING - Seorang penjual ikan berumur 23 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan membunuh dua pelajar perubatan warga Britain awal bulan ini.

Tiada pengakuan dicatatkan daripada Zulkipli Abdullah, yang berdepan dua tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, apabila dibacakan di hadapan Majistret Portia Tham.

Tham memerintahkan kes itu disebut semula pada 19 Sept ini selepas Timbalan Pendakwa Raya Mirza Mohamad berkata pendakwaan sedang menunggu arahan selanjutnya daripada peguam kanan persekutuan.

Zulkipli didakwa membunuh Aidan Brunger, 22, dan Neil Dalton, 23, antara 4.10 pagi hingga 4.15 pagi pada 6 Ogos lepas di Jalan Abell di sini.

Sebelum tuduhan dibacakan, empat lagi suspek yang ditahan bersama tertuduh berkaitan kes pembunuhan itu, dibebaskan dengan bon polis RM20,000 dan seorang penjamin bagi menjamin kehadiran mereka di mahkamah sebagai saksi. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive