Diam tak diam rupa-rupanya penyanyi dangdut Mas Idayu Mesnun, 41, sudah pun mempunyai anak remaja berusia 16 tahun, Nur Dayini Asyiqah. Mengenali penyanyi yang popular dengan lagu Cintaku 100% pada 1995 dan Bolehlah Boleh (1999) adalah seorang yang agak sukar untuk berkongsi kisah peribadinya dengan orang ramai.
Namun setelah sekian lama ‘menyimpan’ anaknya daripada tatapan ramai, baru-baru ini Mas Idayu atau mesra dengan panggilan Ayu hadir sesi foto Hits di Studio Utusan bersama anak daranya itu.
Melihat wajah Dayini yang baru diambil oleh Ayu dari sekolah di ibu kota itu memang saling tidak ubah seperti ibunya.
“Kalau nak tahu wajah saya masa dulu macam Dayini sebab wajahnya banyak ikut wajah saya. Mungkin sikapnya sahaja tidak sama seperti mak dia yang tegas ni," katanya berseloroh.
Bercerita lanjut tentang puteri kesayangannya itu, Mas Idayu berkata, sejak bercerai dengan pelakon Aman Graseka, anak itu menetap bersamanya dan bila-bila masa sahaja bebas untuk bertemu dengan bapanya.
Jelasnya, Dayini adalah seorang anak yang baik dan di waktu yang sama dia tidak pernah manjakan anak tunggalnya itu.
“Sejak dulu kami hanya tinggal berdua. Dia memang tidak ada kawan, kalau ada pun kawan-kawan di sekolah sahaja. Mana nak ada kawan, saya memang kawal dia. Lagipun kalau di rumah, dia lebih suka mengadap komputer atau menonton televisyen.
“Setiap hari saya akan hantar dan ambil dia di sekolah. Pernah dulu, saya bagi dia naik bas sekolah tetapi kasihan pula sebab sampai rumah lambat tapi kena keluar awal. Jadi sejak itulah saya yang bertanggungjawab menjadi pemandu untuk menghantar dan mengambil anak dari sekolah," ceritanya yang kini menetap di Shah Alam.
Bila ditanya kenapa sekolah anaknya begitu jauh daripada rumah dan tidakkah dia berhasrat untuk memindahkan Dayini ke sekolah yang dekat dengan rumah.
Jelas Mas Idayu, sebelum ini mereka menetap di Bukit Antarabangsa, jadi tidak ada masalah jarak ke sekolah. Cuma dia terus mengekalkan anaknya di sekolah di tengah ibu kota itu kerana pada tahun hadapan anaknya bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Kalau nak pindah sekolah pun, sudah pertengahan tahun. Saya kasihan pada dia, kalau tukar sekolah baharu takut Dayini tidak dapat sesuaikan dengan persekitaran baharu pula.
“Jadi setakat ini biarlah saya berkorban untuk anak dengan menjadi pemandu setiap hari. Andai kata saya bertugas di luar daerah, dia akan tinggal dengan papanya di Damansara dan papanya akan hantar dia ke sekolah," katanya.
Di waktu yang sama, Mas Idayu berkata, anaknya itu yang kini sedang belajar piano juga ada bakat dalam bidang nyanyian.
“Saya memang sengaja hantar dia belajar bermain piano sebab subjek itu membantunya untuk berfikir pantas dalam mata pelajaran Matematik. Dia memang boleh menyanyi dan selalunya kalau ada apa-apa acara kesenian, cikgu akan pilihnya.
“Apapun setakat ini, saya mahu dia beri tumpuan pada pelajaran dulu. Saya tidak halang dan tidak menggalakkan. Biar dia buat keputusan sendiri. Kalau betul dia nak nyanyi, saya akan beri tunjuk ajar seperti mana saya mengajar budak-budak lain," jelasnya.
Dirisik orang jauh?
Amat susah sekali nak dengar Mas Idayu bercerita tentang kisah cintanya. Mana taknya, masa berkahwin dulu pun dia cuba menyembunyikan berita tersebut dan tiba-tiba sahaja tampil memberitahu yang antaranya dengan Aman Graseka sudah tidak ada apa-apa ikatan lagi.
Entah bagaimana petang itu ketika di studio Utusan, Mas Idayu seperti rela berkongsi kisah peribadinya dengan Hits.
“Secara umumnya, memang saya masih solo sehingga sekarang dan begitu juga dengan bekas suami. Hubungan kami masih baik sehingga kini dan kalau ada yang tanya kenapa tidak kembali bersama? Perkara itu tidak mungkin terjadi kerana sekarang ini kami lebih senang membawa haluan masing-masing.
“Kalau boleh saya pun nak cari pasangan sebab sudah lama hidup seorang, tapi hingga kini belum ada yang berjaya mengetuk pintu hati saya. Bila saya suka orang itu, dia pula tidak suka saya. Begitu jugalah bila dia suka, saya pula tidak berkenan kerana muda sangat daripada saya," katanya tanpa berselindung.
Menurut Mas Idayu, bukan tidak ada lelaki yang cuba mendekatinya sejak menjanda, memang ada cuma dia sahaja yang belum buat keputusan.
Katanya, antara yang rapat dengannya adalah seorang lelaki dari Brunei yang dikenalinya sejak 12 tahun lalu.
“Tidak dinafikan kami memang rapat dulu dan saya sering ke sana. Entah macam mana hubungan kami putus dan saya memang sedikit kecewa apabila putus cinta dengan dia. Setelah sekian lama tidak berhubungan, tiba-tiba awal Ramadan ini dia cari saya balik.
“Dia memang baik dan lengkap serba serbi, tetapi setakat ini saya belum pasti untuk menerima cinta lama itu kembali atau tidak kerana saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Apa-apa pun Allah maha kuasa, jodoh itu ketentuan-Nya. Sesiapa saja yang datang kepada saya, akan saya lihat usaha dan kesungguhannya untuk menjadikan saya sebagai teman hidup dan bukan sekadar main-main," katanya penuh berhati-hati.
Tambah Mas Idayu, teman lamanya itu adalah seorang juruterbang dan muda tiga tahun daripadanya.
Jadi guru
Bercerita tentang perjalanan kerjaya seninya yang sekarang ini tampak lebih kerap muncul sebagai juri untuk program realiti, kata Mas Idayu itu semua tidak menjadi masalah kepadanya. Kata anak kedua daripada lapan beradik itu, apa yang dilakukan adalah sesuatu yang diidam-idamkan.
“Dulu masa sekolah kalau orang tanya, apa cita-cita saya. Salah satu daripada cita-cita saya adalah untuk menjadi guru selain menjadi polis dan penyanyi.
“Menjadi juri atau mentor untuk program realiti ibarat guru yang mengajar anak murid. Semuanya bermula dengan program Mentor di mana saya mengajar Black. Sejak itu, kalau ada program realiti saya pasti akan dipanggil tidak kiralah dari TV3 atau pihak Astro," ceritanya.
Jelas Mas Idayu, dia gembira dengan tanggungjawab yang diberi untuk melatih bakat baharu. Katanya, segala ilmu yang dipelajari diturunkan kepada mereka yang masih mentah dalam bidang seni.
“Setakat ini saya pernah menjadi juri atau tenaga pengajar untuk program Mentor, Bukan Sekadar Rupa dan Kilauan Emas. Kalau saya diberi tanggungjawab mencari peserta, pada pertemuan pertama itu saya sudah dapat lihat sama ada calon itu boleh pergi jauh atau tidak.
“Saya kalau mengajar memang garang sebab saya mahu orang itu dapat ilmu apa yang diajar bukan kerana saya sengaja nak tunjuk garang. Alhamdulillah, setakat ini semua anak didik saya menjadi. Malah sejak itu, ada ibu bapa yang mahukan saya mengajar anak-anak mereka secara peribadi. Sehingga kini saya belum terfikir untuk menjadi tenaga pengajar peribadi kerana saya takut orang tidak tahan dengan vokal saya yang lantang," katanya.
Tambah Mas Idayu, biarpun dia tidak mempunyai pelajaran muzik secara asas, namun segala pengalaman menyanyi selama 21 tahun itulah yang dijadikan bahan untuk dikongsi bersama anak-anak muridnya.
- See more at: http://perihalnegara.blogspot.com/2014/08/gambar-anak-dara-mas-idayu.html#sthash.7ybWKYOG.dpuf
Blog Archive
-
▼
2014
(694)
-
▼
August
(204)
- Datuk Ramli MS dan Alyah Sah Sudah Nikah!
- Felixia Yeap 'SOUND' Harian Metro
- Murid Darjah 1 Ditampar Cikgu Sampai Lekat Kesan Jari
- (5 Gambar) Pasangan Lesbian Muslim Dikahwinkan Ima...
- Aaron Aziz Tayang Spender Putih Di Instagram (Gambar)
- KUCING JANA PENDAPATAN LEBIH RM5 RIBU SEBULAN MELA...
- Gambar Anak Bintang Bola Sepak Christiano Ronaldo ...
- Penampilan Fazura Yang ‘Menonjol’ Buatkan Penonton...
- PERHATIAN! 2 BULAN akan Muncul Pada 27 Ogos 2014 (...
- JALUR GEMILANG DIKIBAR DI PALESTIN!
- MAKNA TAHI LALAT YANG ADA PADA TUBUH BADAN KITA
- (Gempar!) Mati Ketika Berzina Dengan Ikan Pari!
- Pekerja binaan jumpa ‘lintah gergasi’
- Gambar Perkahwinan Aaron Aziz Dan Siti Saleha Ters...
- Isu Pra Perkahwinan Zizan Dan Emma Maembong Di Jep...
- Gempar : Artis di Tangkap Khalwat!!!!
- 10 JENIS PEREMPUAN YANG LELAKI TAKKAN JADIKAN ISTE...
- T-Shirt paling Mahal Di Dunia. Berapakah Harganya???
- (Video) Cabaran Ice Bucket Berakhir TRAGEDI!
- Lelaki mengamuk maut ditembak
- Akibat PRANK, Gadis Terima Padah
- 11 jam MERANA gara-gara Gelung Besi TERSANGKUT pad...
- SHASHA: Penunggu Cantik Yang Sering Mengganggu di ...
- IDENTITI SEBENAR TAMAR JALIS - SIRI BERCAKAP DENGA...
- Giliran Diana Rafar Pula Dedah Perangai Azwan Ali
- GAMBAR KAHWIN PALING PELIK & KONTROVERSI DI MALAYS...
- Fahrin Ahmad Bakal Berkahwin???
- Dynas Mokhtar Tangguh Penceraian Kerana Terikat De...
- Zizan & Emma Ambil Gambar Pre-Wedding Di Jepun???
- (VIDEO) Pembantu Rumah Gantung Diri
- Mayat Kanak-Kanak Ditemui Tanpa Organ
- Lelaki Melayu Isytihar Murtad Secara Terbuka Di Tw...
- MH17: Wakil PKR Tuduh Tentera Dilayan Bagai ‘Hamba...
- Rahsia Wanita: Mengenal Diri Melalui Wajah
- Ezad Exist Semakin Kurus Kerana Sakit
- ROZITA CHE WAN ALAMI PENDARAHAN AKIBAT KERJA BERAT
- Khasiat Air Mani Suami Untuk Isteri Yang Kita Tida...
- Budak 11 tahun Malaysia terima surat pengiktirafan...
- Buka La Sikit, Adik Nak Cium Pipi Mama - MH17
- 6 Fungsi Berguna Pada Facebook Yang Mungkin Tidak ...
- Koleksi Gambar Nelydia Senrose Yang Bikin Kontroversi
- GEMPAR! LAGI ISU PESAWAT MAS! - Isu keselamatan: P...
- REMAJA BANGGA KENE RABA DENGAN TEMAN LELAKI KONGSI...
- 13 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia
- (10 GAMBAR) PENTHOUSE YANG PALING MAHAL DI DUNIA
- AMYRA ROSLI AKUI KINI SOLO, TIADA KAITAN DENGAN MA...
- BERATUS ORANG LARI TIDAK BERPAKAIAN KE LAUT UNTUK ...
- PANAS!!!JAWAPAN Sharnaaz Terhadap komen Azwan Ali ...
- Gadis biadap pertikai sedekah Al-Fatihah MH17
- Azwan Ali Gelar Sharnaaz Artis Sangkak Murahan, Le...
- 10 Kesalahan Penggunaan Barang Harian Yang Sering ...
- 10 Tabiat Rosakkan Sistem Otak
- Wajah Laksamana Hang Tuah Tersebar
- Kebenaran Sebenar I-City Shah Alam KIni Terbongkar
- Pendedahan sebenar Raja Farah
- Wartawan AS Dipenggal Kepala Oleh ISIS
- Pelajar kita di Australia dibelasah penyamun!
- INFO PENTING - KERETA SAMBUNG BAYAR MENYALAHI UNDA...
- Negara Bertafakur Selama 1 Minit - VIDEO kepulanga...
- (20 GAMBAR) Kajol Meriahkan Majlis Pelancaran Salu...
- Wajah Sebenar Pasangan Suspek Kes Bunuh Remaja Di ...
- Gempar! VIDEO Ally Iskandar Gaduh Dgn Guard Neelof...
- Apa Masalah Diana Danielle Ni? Lihat Gambar Ini Se...
- Selamat pulang dan tenanglah jenazah mangsa nahas ...
- Hans Isaac Dakwa Neelofa Cemar Maruahnya?
- Tembok Pemisah PALESTIN - ISRAEL
- SABRA & SATILA: Mengimbau Sejarah Hitam Kekejaman ...
- KEKEJAMAN yang melampau! Gadis Dirogol & Dipaksa M...
- Stesen Minyak Menipu??? - WAJIB BACA AGAR ANDA TID...
- AMARAN (Ngeri): Gambar Didakwa Mayat Robin William...
- (15 GAMBAR)Siti Nurhaliza Tetap Comel Walau Disalu...
- FAKTA: 13 Rahsia Melayu yang HEBAT tersimpan!!!! m...
- Mujahidin Malaysia Gugur Di Syria - AL - FATIHAH
- [EKSKLUSIF] GEMPAR! GAMBAR MANGSA RUNTUHAN MRT KOT...
- IKAN GERGASI BERSAIZ SEBUAH MOTOSIKAL BERJAYA DIPA...
- GEMPAR! Wanita Nyaris Maut Tersepit Di Celah Batu!
- TERKINI : PAS putuskan ingin kekal dengan Pakatan,...
- Rita Rudaini Akui Masih Single - 4 Gambar
- TERKINI : AIR DARI SESETENGAH 'VENDING MACHINE' AD...
- Gambar Comel Anak Hunny Madu
- AMARAN! ARTIKEL INI UNTUK 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA....
- Insiden blok konkrit MRT runtuh: Projek dihenti se...
- Abdul Khalid mohon maaf kepada rakyat Selangor aki...
- Gayatri akui cemburu melihat Zul dengan Ayda
- TERKINI ! PELAJAR BAKAR KERETA GURU?!
- HANGATTT!!! FOTO ADIK WAK DOYOK TERSEBAR!
- Ayda Jebat Dan Zul Ariffin Yang Kini Popular Mener...
- Penjual ikan didakwa bunuh pelajar Britain
- Hina Sultan di akaun Twitter
- "Dia nak rogol...dia nak bunuh saya"
- E-mel Siew Keong diceroboh
- ‘Kami mahu Abdul Khalid kekal!’
- Azizah boleh jadi MB, tiada isu jantina
- Legoland Jawab Teguran Nora Danish Isu Terperangka...
- Mahathir Tarik Balik Sokongan Terhadap Najib?
- Pencuri biadab kencing al-Quran
- Apa Yang Lelaki Ini Buat Terhadap Tanah Kosong Sel...
- PENTINGNYA SARAPAN PAGI
- Pembinaan landasan MRT runtuh, 3 disyaki tertimbus
- Bot Karam: Pelancong Minum Air Kencing Untuk Hidup
-
▼
August
(204)
0 comments:
Post a Comment