Saturday, August 2, 2014

Bayi Itu Adalah Anak Angkat Saya – Jue Aziz

Menghilangkan diri selama satu tahun nampaknya telah menimbulkan beberapa persoalan orang ramai terhadap Jue Aziz. Tambahan pula apabila Jue Aziz muncul dengan seorang bayi. Ramai yang menganggap Jue menghilangkan diri kerana mengandung. Namun sebenarnya, bayi yang sering dilihat bersama Jue itu adalah anak angkatnya, bukan anak kandung.
Malah Jue Aziz turut mengakui yang dia menyusukan bayi tersebut. Senanglah bila anak angkatnya dah besar nanti. Keputusan untuk mengambil anak angkat ini kerana Jue masih belum menemui jodohnya. Kata Jue kepada Berita Harian:-

Saya bukanlah manusia kejam. Saya ada didikan agama. Takkanlah saya tergamak mengatakan zuriat sendiri sebagai anak angkat. Apa perasaan anak saya apabila besar kelak jika dia tahu perkara sebenar?
Bayi itu adalah anak angkat yang saya bela sejak setahun lalu. Saya teringin memiliki zuriat sendiri, tetapi tuhan belum menemukan jodoh saya. Soal jodoh adalah ketentuanNya, saya tidak tahu bila impian untuk berumah tangga akan tercapai. Jadi saya buat keputusan untuk mengambil anak angkat
Hmmm. Mana tahu dengan kebaikan yang dilakukan oleh Jue Aziz ini, akan ada hati lelaki yang terbuka untuk masuk meminang dirinya. Memang terserlah sisi penyayang Jue ketika bersama anak angkatnya ini. Jue juga turut kecewa apabila keikhlasannya untuk membesarkan anak angkat dipertikai orang ramai.

Jahat sangatkah artis seperti saya hingga tidak layak untuk ambil anak angkat? Bila artis ambil anak angkat, macam-macam cerita orang buat. Lebih teruk ada yang tergamak menuduh itu zuriat saya sendiri di atas keterlanjuran yang dilakukan.
Saya hendak bertanya, adakah selama ini mereka nampak saya bersembunyi? Kalau betul saya mengandung, tentu cerita itu sudah tersebar luas. Secara logik, macam mana saya hendak sorokkan perut yang kian membesar sedangkan hari-hari saya berada di set penggambaran
Pedulikanlah kata-kata orang. Bukan semua orang faham dengan pengorbanan yang kita lakukan. Yang penting, Jue bahagia dengan anak angkat tercinta. Mulut manusia memang tidak boleh ditutup. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar Jue cepat-cepat bertemu jodoh. Jaga anak berdua dengan suami tentu lebih seronok

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive