Thursday, July 3, 2014

Berat! Inilah Hukuman Awie Selepas Dituduh Belasah Isteri

Gambar (oleh Suhaizul Izhar): Awie masih belum keluar dari kenderaan beliau ketika jurugambar kami tiba di perkarangan mahkamah. Dan, beliau ditemani rakan rakan.

Penyanyi rock, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, bakal dihadapkan ke Mahkamah Ampang esok atas tuduhan memukul isterinya hingga lebam. Awie sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Sebelum ini, akhbar angin melaporkan mengenai seorang rockers yang didakwa memukul isteri sendiri dalam satu kejadian di sebuah bank di Ampang, Selangor awal Jun lalu. Berikutan laporan tersebut, ramai yang menuding jari mengatakan individu tersebut adalah Awie. Namun vokalis kumpulan Wings itu menafikan dakwaan itu.

Bagaimanapun ketika kontroversi mengenai perkara tersebut semakin reda, tiba-tiba tersebar pula tiga keping gambar didakwa isteri Awie, Rozana Misbun dalam keadaan yang amat menyedihkan. Gambar-gambar yang mamaparkan wajah dan telinganya berdarah yang dipercayai akibat dipukul itu kini tersebar luas di laman sosial dan blog.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan Awie bakal dituduh di mahkamah dalam tempoh terdekat ini.

“Kita telah melengkapkan kertas siasatan dan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. Kita diarahkan bawa Awie untuk dituduh di mahkamah segera dan kita cuba bawa dia esok,” lapor beliau - Pasalartis.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive