Tuesday, July 22, 2014

Mesej Tersembunyi Di Sebalik 10 Logo-logo Terkenal

Logo-logo yang dihasilkan bukan sahaja digunakan untuk mewakili sesebuah syarikat malah dicipta dengan mempunyai makna yang tersembunyi yang tidak mampu dikesan sekiranya dipandang buat kali pertama.

Kalau nak tahu apa makna tersebut, jom baca:

Wikipedia
Glob Wikipedia yang tidak lengkap itu menggambarkan sifat Wikipedia sendiri yang sentiasa berkembang dan berubah.

MacRumors
Blog Apple yang paling banyak dibaca di internet memberikan satu jawapan kepada sesiapa yang melihatnya. Jika diperhatikan betul-betul, disebelah kanan gambar epal itu sebenarnya adalah satu lambang tanda tanya.

Cisco
Garisan vertikel dikatakan adalah untuk mewakili signal digital dan juga Jambatan Golden Gate di San Francisco. Malah nama Cisco itu sendiri dikatakan diambil dari perkataan San Francisco.

Dell
Huruf E dalam logo Dell berpusing ke tepinya sebagai mewakili hasrat pengasasnya, Michael Dell untuk 'mengubah dunia'. Ada juga pendapat mengatakan yang ia melambangkan cakera liut.

San Microsystem
Mengikut logo lama sebelum syarikat ini diambil alih oleh Oracle, ia mengandungi bahagian segi empat sama yang mana perkataan 'Sun' boleh dibaca dari mana-mana arah.

Sony Vaio
Dua huruf pertama iaitu V dan A disusun untuk mewakili analog asas signal. Manakala huruf I dan O pula adalah untuk membawa maksud seperti nombor 1 dan 0 yang mewakili kod digital binary.

NBC
Salah satu logo paling terkenal di dunia ini mempunyai gambar burung merak dengan 6 helai bulu berwarna terang yang mana setiap satunya mewakili satu bahagian di syarikat itu pada masa tersebut. Dalam bentuk negatif, kita akan perasan yang burung merak itu sedang 'melihat' ke arah sisi yang menandakan syarikat itu sedang melihat ke hadapan.

Picasa
Warna yang pelbagai dalam logo Picasa Google mewakili penutup kamera manakala bahagian negatifnya ialah sebuah rumah. Casa bermaksud rumah dalam bahasa Sepanyol manakala Pi adalah singkatan untuk 'pixel index'. Jika digabungkan bersama maka ia menjadi ayat 'rumah untuk gambar anda'.

Nintendo GameCube
Bahagian yang berwarna ungu pada kiub akan membentuk 'G' manakala bahagian negatifnya akan membentuk 'C'. Kiub itu sendiri membalut satu lagi kiub.

Amazon
Garisan kuning dalam logo seolah-olah menggambarkan wajah yang sedang tersenyum. Jika diperhatikan, anak panah bermula di huruf 'a' dan berakhir di huruf 'z' yang menunjukkan bahawa Amazon mempunyai segala-galanya yang kita perlukan.

Le Tour De France
Walaupun perkara pertama yang kita perasan mungkin adalah fontnya yang nampak bergaya. Namun, apabila kita memerhatikan huruf 'o', 'u' dan 'r' bersama-sama dengan bulatan berwarna kuning, sebenarnya ia melambangkan seorang penunggang basikal.

FedEx
Logo ini dianggap logo klasik yang mana sebenarnya terdapat imej anak panah di antara huruf 'E' dan juga 'X'.

Ubuntu
Nama bagi logo sistem operasi ini diperolehi daripada filosopi dari Afrika Selatan tentang kebaikan manusia. Oleh sebab itulah logonya mempunyai tiga orang manusia yang sedang berpegangan tangan sambil melihat ke arah langit.

Toblerone
Berdasarkan Bern di Switzerland, syarikat coklat dari negara tersebut mempunyai ibu pejabat di bandar beruang itu. Kita mungkin tidak perasan logonya yang memaparkan beruang yang sedang mendaki gunung.

-Sentiasapanas.com

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive