Thursday, July 17, 2014

ANAK DERHAKA!! @LisaHasyimm Tweet Mengenai Kegembiraannya Bapa Mati Dalam Nahas MH17

Langsung tidak diketahui apa motif sebenar pengguna Twitter yang bernama Lisa Hasyim ini. Adakah sememangnya 'anak derhaka'? Ataupun sengaja ingin menimbulkan konspirasi di kala orang ramai tengah meratap kesedihan mengenai tragedi MH17?

Tidak sewenang-wenang wanita ini mencemari hashtag #MH17 dengan kata-kata seperti itu. Bagaikan langsung tiada sekelumit pun perasaan simpati terhadap mangsa nahas mahupun ahli keluarga mangsa yang terlibat. Persoalannya, adakah benar bapanya ada dalam pesawat yang baru sahaja terhempas tersebut?

Kalau memang pun ada betul-betul 'hati batu' la minah ni. Dah la kata pulak dia langsung tidak kisah bapanya mati dalam insiden tragis berkenaan. Lisa ini seolah-olah menganggap pula orang-orang yang dok sibuk bercerita pasal MH17 ni bodoh.

Namun setelah disiasat dengan terperinci, akaun Twitter tersebut dikatakan baru sahaja diwujudkan sejam yang lalu. Nampak sangat tu nak menipunya. Ini semua angkara manusia-manusia 'binatang' yang cuba nak mencemari hashtag #MH17. Family korang tak kena dalam nahas MH17 ni takpa. Kalau kena agak-agak apa korang rasa?? Fikir-fikirkanlah ye . . . .

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive