Monday, September 29, 2014

SHARNAAZ AHMAD TEGUR WARTAWAN H!LIVE SUPAYA HORMATI PRIVASI









Biarpun sebelum ini Sharnaaz Ahmad ada menasihati golongan artis agar tidak bermusuhan dengan pihak media, tetapi itu tidak bermakna dia akan membiarkan dirinya 'dipijak' sewenang-wenangnya. Dengan kata lainnya jika sesuatu isu itu timbul atas sikap seseorang wartawan itu sendiri, tidak salah jika golongan artis ini menegur wartawan tersebut dengan cara yang berhemah.


Baru-baru ini Sharnaaz menerusi Instagramnya telah menegur wartawan H! Live, Elly yang disifatkannya tidak menjaga sensitiviti ketika bertanya soalan. Namun begitu tidak dipastikan apa bentuk soalan yang diajukan itu sehingga membuatkan Sharnaaz terdetik memberi teguran kepadanya. Kemungkinan besar berkaitan hal peribadi dan masa silam.








Dilihat cara Sharnaaz membuat teguran ada baiknya supaya hal-hal peribadi seseorang itu dihormati kerana artis juga manusia seperti kita. Rasa hormat perlu datang daripada dua belah pihak dan barulah hubungan itu akan terjalin dengan baik. Wartawan hiburan dan artis masing-masing memerlukan antara satu sama lain.

Sumber: ejeninfo

0 comments:

Post a Comment