Wednesday, October 22, 2014

Dilema Perkahwinan Tanpa Restu (PERLU AMBIL TAHU)




Atas alasan cinta itu buta, pasangan yang asyik berkasih sayang sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat bersama tanpa mengira perasaan orang lain lebih-lebih lagi ibubapa itu sendiri.Mereka sanggup menolak ketepi pandangan dan keputusan ibu bapa dan keluarga terhadap pasangan mereka. Bagi mereka, pasangan mereka adalah lebih baik dari segala-galanya. Dan sebab itulah terjadinya isu perkahwinan tanpa restu ibu bapa sehingga ada yang sanggup berkahwin secara diam-diam. Tahu-tahu je, dah berkahwin.



Ada sebabnya kenapa ibu dan bapa menolak untuk merestui perkahwinan anda. Mungkin ibu bapa masih belum mengenal pasangan anda betul-betul atau faktor-faktor tertentu yang menyebabkan pasangan anda tidak boleh diterima dengan baik.



Kesan Perkahwinan Tanpa Restu


Niat anda untuk mendirikan rumahtangga dengan pasangan dengan anda dengan cara yang sah adalah sesuatu yang amat-amat disukai oleh Islam. Tetapi untuk menolak ibu bapa dari hidup anda, ia adalah satu dosa kerana anda telah melukai hati mereka yang menjaga dan membesarkan anda sejak dari kecil lagi.


Pada awal perkahwinan mungkin anda tidak akan menghadapi sebarang masalah lagi dalam rumahtangga tetapi untuk jangka masa yang panjang, mungkin ada sedikit sebanyak kesannya. Di awal perkahwinan, bibit-bibit cinta itu masih lagi mekar. Kata orang-orang tua, “Kalau pasangan anda kentut pun masih berbau wangi”. Tetapi dalam 5 hingga 10 tahun anda akan terasa kesannya seperti:


  • tidak lagi bahagia
  • sentiasa tidak tenang
  • selalu bergaduh kerana perkara kecil
  • anak-anak degil dan tidak mendengar kata
  • ketidakserasian sesama pasangan secara tiba-tiba


Ibu bapa juga tidak terkecuali menerima kesan daripada perkahwinan tanpa restu mereka ini. Anak yang mereka tatang bagai minyak yang penuh sejak dari kecil sehinggalah besar dan bijak dalam membuat keputusan sendiri tiba-tiba menolak diri mereka disebabkan pasangan anda. Hati mereka bagaikan dirobek dan dihiris-hiris dengan pisau. Bayangkan sekiranya anak anda yang mebuatkan perkara yang sama terhadap anda anda kelak. Apakah perasaan anda?

Sumber: sportmusang.com

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive