Menurut beliau, umat Islam itu harus sedar bahawa bekerja di bawah sumber yang tidah sah dalam Islam sudah dikira salah dan dilarang. Kata Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Konsepnya mudah sahaja. Dalam Islam, sekiranya gaji kita dibayar daripada hasil judi atau perkara-perkara haram yang lain, ia sudah dikira haram di sisi agama Islam melainkan orang itu tidak tahu daripada mana hasil pendapatan itu diterima.
Walaupun seseorang itu ataupun artis berniat baik mahu mengadakan konsert buat peminat-peminat, tetapi caranya tidak betul (jika sumber yang diterima dariapda hasil yang haram. Sebagai contoh, seseorang itu menganjurkan tarian bogel, dengan niat mahu mengumpul dana untuk membina masjid. Niat dah betul, tetapi caranya salah.
Apa-apa perkara yang dilakukan pun, sebagai umat Islam, kita ambil yang asas, adakah benda yang ingin dilakukan itu dibolehkan dalam Islam atau tidak? Dan seboleh-bolehnya, ambil pendekatan yang dibenarkan Islam sahaja. Jaga imej dan maruah agama. Kita yang mewakili Islam jangan sampai menghina Islam itu sendiri.
Shila Amzah sebelum ini telah menempelak media Melayu kerana gagal memberikan liputan untuk konsert pertamanya di Malaysia. Semalam, suratkhabar Kosmo telah mendedahkan yang konsert tersebut mendapat tajaan syarikat judi menyebabkan media Melayu tidak mendapat jemputan demi menjaga sensitiviti. Sama-samalah kita nantikan penjelasan Shila Amzah berkaitan hal ini.
Sumber: beautifulnara
0 comments:
Post a Comment