Selamat Datang..Mari Baca..Terima Kasih Sudi Singgah =)

Thursday, October 23, 2014

Jalan Raya Tengah Laut Di Norway Yang Sangat Bahaya - VIDEO di dalam



Jalan Raya Tengah Laut Di Norway Yang Sangat Bahaya


Jalan raya yang dikenali “Atlantic Road” atau bahasa Norwegian, “Atlanterhavsveien” mempunyai lingkaran dan pusingan seperti roller coaster. Jalan sepanjang lebih 8KM yang menelan belanja 20juta USD ini merupakan salah satu jalan raya yang paling bahaya di dunia.

Tengok video ini buat anda seram sejuk nak lalu jalan raya ni


Sumber: Beautifulnara

(GAMBAR) Syahrini Yang Nakal, Aum ~~~~~







-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Nakal sungguh artis Indonesia, Syahrini ini. Mungkin sebab kecewa kekasihnya Anang diambil orang. Mungkinkah Syahrini sedang berlatih menjadi the new Kris Dayanti. Aum ~~~~~~

Lagi beberapa keping gambar nakal Syahrini dengan membaca entri ini sepenuhnya. Pesan Abang Nara, pss pss pss, kamu jangan nakal (sambung sendiri)








Sumber: beautifulnara

Dunia Nak Kiamat, Sperma Lelaki Dicipta - Sperma Ciptaan Manusia???


Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang, sperma lelaki pon deorang nak cipta. Lepas-lepas ni dah tak payah ada lelaki dalam dunia ni. Maksudnya anak boleh dihasilkan dengan hanya mensenyawakan sperma tu kepada telur wanita.


Kejutan ni ditemui oleh Dr dari Iran pulak tu, Dr Karim Nayernia (bukan Islam kot dia ni) . Tapi ramai jugak geng-geng perubatan yang marah balik kat Dr. ini sebab dia guna stem sel dari embrio budak kecik.

Ish ish ini dah memang kira melanggar hukum alam ini. Lepas ni kalau taknak kawin tapi nak anak, kiranya bolehlah guna kaedah ni . Takpayah dah ada aktiviti eksesais Kamis malam Jumaat. Lama-lama kaum lelaki makin berkurang pulak, tapi budak-budak makin bertambah populasinya.

Lagi satu kes berlaku di Mesir, seorang mak saman sebuah hotel, sebab kolam renang kat hotel tu menyebabkan anak gadis dia ter-mengandung! Dia dakwa, sperma-sperma yang berenang dalam kolam renang tu (hasil buangan orang lain) masuk dalam anak gadis dia dan anak dia terus pregnant!

mak dia ni tak pergi sekolah agaknya….

Diana Danielle pasni kena hati-hati berenang kang terpregnant pulak

Sumber: Beautifulnara

Wednesday, October 22, 2014

(VIDEO & KISAH) MAKSUD DI SEBALIK PERKATAAN “BAHLUL“ YANG MASYARAKAT KITA SUDAH SALAH ERTI



Perkataan 'Bahlul' sering kita dengar diucapkan oleh masyarakat setempat terutamanya untuk menyatakan seseorang itu bodoh atau lurus bendul. Tapi tahukah anda asal usul perkataan Bahlul itu sendiri? Tahukah anda yang sebenarnya asal-usul orang-orang terdahulu melemparkan perkataan 'Bahlul' kepada seseorang itu adalah sebagai satu doa yang baik?

Bahlul merupakan satu perkataan yang berasal dari arab dan ia berasal dari satu nama jolokan yang diberikan kepada seseorang yang bernama Wāhab ibn Amr. Wahab ibn Amr atau Bahlul hidup pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyidin. Sebenarnya Wāhab ibn Amr terkenal sebagai seorang hakim dan juga ilmuan Islam pada zamannya. Dia dikenali sebagai Bahlul kerana dia telah meninggalkan kekayaannya dan hidup dengan gaya yang selekeh.

Terdapat banyak kisah-kisah yang memaparkan kebijaksanaan Bahlul sendiri. Disini kami paparkan tiga cerita berkenaan bahlul.

Cerita 1

Pada suatu hari, Khalifah Harun Al-Raysid bersama isterinya lalu dihadapan Bahlul yang sedang membuat rumah dari tanah liat. Maka Harun berlakukan dialog antara Al-Rasyid, isterinya dan Bahlul.

Harun : Hey Bahlul, kau buat apa?
Bahlul : Aku sedang buat rumah rumah syurga.
Isteri Harun : Boleh aku beli?
Bahlul : Boleh..
Isteri Harun : Berapa?
Bahlul : 10 Dirham
Isteri Harun membayar jumlah tersebut kepada Bahlul.
Harun : Kau dah kena tipu hidup-hidup dengan Bahlul.

Pada malamnya Harun Al-Rasyid bermimpi satu rumah besar yang tersangat cantik yang tertulis nama isterinya, Siti Zubaidah di dalam syurga. Harun cuba untuk masuk ke dalam rumah itu tetapi dihalang oleh pengawal di rumah itu.

Harun : Ini rumah isteri aku.
Pengawal : Memanglah, tapi ini bukan rumah kau.

Bagun pada pagi berikutnya Harun Al-Rasyid bangun dan kelam kabut pergi mencari Bahlul.

Harun : Bahlul, aku nak beli rumah kau.
Bahlul : Boleh.
Harun : Berapa?
Bahlul : 10,000 Dirham.
Harun : Eh, kenapa semalam 10 Dirham?
Bahlul : Semalam kau tak nampak..Hari ni kau dah nampak!

Cerita 2

Pada suatu hari, Harun Al-Rasyidin memberikan Bahlul sebatang kayu dan berkata, "Batang kayu ini ya Bahlul, milik seorang lelaki yang paling bodoh atas muka bumi ini. Jika kamu terjumpa dengan seorang lelaki yang lebih layak memiliki kayu ini lebih dari kamu, berikanlah kepadanya". Dan Bahlul menjadi bahlul mengambil batang kayu tersebut.

Beberapa tahun selepas itu, Harun Al-Rasyid jatuh sakit dan tak ada sebarang ubat-ubatan yang boleh menyembuhkannya. Bahlul datang untuk melawan Harun Al-Rasyid untuk bertanya khabar dan terjadi satu perbualan yang menakjubkan.

Harun : Tak ada apa yang boleh menyembuhkanku!
Bahlul : Kau mahu ke mana?
Harun : Aku akan pergi ke dunia lain.
Bahlul : Kedunia lain? Berapa lama kau akan pergi? Bila kau akan balik?
Harun : O Bahlul! Tak ada siapa yang akan kembali selepas ke dunia itu.
Bahlul : Jadi kau mesti dah buat persiapan rapi untuk perjalanan ini. Perjalanan yang kekal. Kau dah               siapkan tentera untuk tunggu kedatangan kau? Sebagai persiapan apabila kau sampai disana?
Harun : Tak ada yang pergi dengan kau Bahlul. Dan aku tak membuat sebarang persiapan.
Bahlul : Ya Amirul Mukminin, sebelum ini kau menghantar tentera sebagai persiapan rapi untuk satu perjalanan yang hanya berjumlah sehari dua! Dan kini kau akan pergi ke satu tempat yang kau akan tinggal disitu selamanya. Dan kau tidak membuat sebarang persiapan untuk menghadapinya?
Bahlul : Nah ambil batang kayu ini. Nampaknya aku dah jumpa seseorang yang lebih layak untuk memilikinya.

Cerita 3

Berikut pula adalah kisah Bahlul dengan Sheikh Junid, seorang ulama sufi dan juga wali Allah. Satu hari Syeikh Junid Al-Baghdadi bertemu Bahlul lalu meminta nasihat. Bahlul lalu bertanya:


Bahlul: Bagaimana kamu makan?
Junid: (Menerangkan adab2 makan berdasarkan Sunnah dan doa2 makan)
Bahlul: Bagaimana kamu berpakaian?
Junid: (Menerangkan adab2 makan berdasarkan sunnah dan doa berpakaian)
Bahlul: Bagaimana kamu tidur?
Junid: (Menerangkan adab2 tidur mengikut sunnah dan doa2 tidur)
Bahlul: Sebenarnya jawapan2 kamu tidak tepat. Sekiranya kamu makan mengikut adab dan doa sekalipun tapi sekiranya makanan itu dari sumber yang haram buat apa? Sekiranya kamu berpakaian dengan adab dan doa tapi tidak menutup aurat serta sumbernya adalah haram buat apa? Sekiranya kamu tidur dengan adab dan doa tapi di hatimu masih menyimpan dendam dan kebencian sesama Muslim buat apa?




Sedutan dari jejak rasul yang memetik kisah Bahlul - Sumber Video: Youtube

Menurut dari tiga cerita ini jelas sekali Bahlul bukanlah seorang yang bodoh atau lurus bendul. Dia sebenarnya bijak dan juga sarkastik. Sedangkan Sheikh Junaid sendiri pun datang mengadap Bahlul untuk mendapatkan nasihat dan dari cerita yang ketiga jelas Bahlul ini seorang wali Allah.

Hari ini penggunaan perkataan bahlul telah disalah ertikan oleh masyarakat yang menggunakanan perkataan itu untuk menyatakan seseorang itu bodoh. Sebenarnya perkataan itu dilemparkan oleh orang-orang tua kepada seseorang seperti ibu kepada anak adalah sebagai satu doa yang baik. Mengharapkan orang itu menjadi seperti Bahlul. Namun apabila lama kelamaan perktaan itu disalah ertikan oleh masyarakat kita. Wallahualam.. -

Sumber: Siakapkeli.com

RUNGKAI : ISU ACARA MAKAN KATAK DI SEKOLAH



Status : Palsu (Disalah Tafsir)

Setelah digemparkan dengan acara pegang anjing baru-baru ini, kini Malaysia dikecohkan pula dengan isu makan katak disekolah. Gambar-gambar yang memperlihatkan beberapa orang guru dan pelajar di sebuah sekolah telah tersebar secara meluas dilaman sosial sejak 22 Oct.

Bagaimanapun, ada pihak tampil untuk memberikan penjelasan. Menurut pihak terbabit, acara tersebut merupakan acara survival dari pihak sekolah, bukannya acara makan katak.

Assalamualaikum admin sstv(sukan star tv).. mohon jasa baik admin untuk remove pasal makan katak tu.. sebenarnya ia program demomstarsi ikhtiar hidup yg dijalankan oleh pasukan gerakan am (PGA) di sekolah. tiada sebarang program makan katak berlaku. Gambar tu sekadar pose dari guru itu

Berikut pula penjelasan dari seorang yang menyatakan anaknya salah seorang dari pelajar yang menghadiri program survival tersebut.



Diharap agar orang ramai tidak mudah percaya dengan apa yang disebarkan melalui media sosial terutamanya apa-apa yang berkaitan dengan isu yang panas sebegini. Diharap juga pihak yang mempunyai 'kuasa untuk menyebar' sentiasa memeriksa sumber dan kesahihan tentang perkara yang mereka kongsi. Cukup-cukuplah menyebar sebarang berita yang tidak pasti - 

Sumber: SiakapKeli.com

Blog Archive